Thursday, October 23, 2014

Phuket Hari Ketiga 12102014




Hai my readers. Bertemu lagi kita di entry yang terakhir mengenai percutian aku ke Phuket. Rasa sedih pulak nak tutup tirai percutian aku untuk tahun ini. Yela, after nie travelog aku start tahun depan. Paling awal Januari (kalau yang nie confirm la). Yang dah confirm, bulan May ke Medan, Indonesia. Tiket flight dah beli pun. Yang ke Medan nie dengan travel buddys yang baru. 2 jela yang baru. Kawan-kawan Nazmi je pun. 

Ok, back to focus. Entry kali nie nak ceciter pasal hari ketiga a.k.a hari akhir di Phuket. Disebabkan malam akhir tue, kami lenjan satu Patong so masing-masing maximum level of exhausted. Even aku tido lewat but still bertenaga bangun awal. Bangun still like usual 7.30 am for our breakfast at the hotel. Bangun tidur stretch badan dulu sampai bunyi prak prak pinggang aku. Kasi warm up itu pinggang la. Then, I take a bath. Sementara aku mandi tue, N pun kemas beg dia. Ikut plan hari tue, kami nak ke Patong Beach. Coz niat di hati aku nak mandi air laut di Patong Beach tue. Nak merasa pantai luar Malaysia katenya. Aku makan banyak time breakfast tue. Lapar la kowt. After both of us took our last hotel breakfast of the day, then kami pun hidupkan scooter comel tue and menuju ke Patong Beach. But before that, we need to buy gasoline coz minyak scooter tinggal 1 bar je k. Ade jugak kene menolak nanti. Tak sanggup mak noks!!! Nak beli kat uncle scooter tue, dia belum bangun tido pulak so redah la depan sikit masa on d way to pantai. Nasib jumpa jugak. Beli la satu botol harga dia 50 bath. Cukup la nak tampung jalan-jalan naik scooter kami untuk satu hari tue.

Tuesday, October 21, 2014

Phuket Hari Kedua 11102014 - Bahagian 2 (Nightwalking at Patong)

 
 
11.35 pm depan TV sambil tengok cerita P. Ramlee, Do Re Mi. Feveret aku, layankan jelah. Ok, nak sambung terus where the last entry stop. Entry kali still story hari kedua kami di Phuket. Bahagian 1 Daylight Walking so, Bahagian 2 is Nightwalking. Ready? Get set, S.T.A.R.T!

Our daylight walking end at 1.00 pm and our nightwalking start at 5.30 pm. Dalam 4 jam lebey tue ape kami buat ialah berehat. Penat ye jalan-jalan dengan panas lagi. So, tenaga baru datang untuk nightlife pulak. Tapi, kali nie kami tak jalan kaki or pki shuttle hotel. Cer teka cer teka. Naik teksi? Naik tut-tut? Costly la semua tue. Guess what??? We rent a scooter. In front of our hotel ade kedai sewa scooter, so dengan pantas kami ke kedai tue. Kami nak sewa 1 hari dari pukul 6 pm Sabtu hingga 6 pm Ahad. That uncle charge us 200 Bath a.k.a RM 20. Murah kan. So, we rent one scooter for our nightwalking. After isi borang and serahkan passport as deposit, uncle pun release scooter warna biru. Before that aku tanye uncle kalau ade motor pakai gear sebab aku tak biasa bawak scooter. Nasib kurang baik, uncle cuma ade scooter je so redha jelah amek. Helmet pulak comel macam helmet perang kan. Nasib aku pakai cute lagi. #Perasansungguh #Adaakukesah 

Minyak motor ok la ade setengah lagi. Cun la jalan untuk malam tue. Aku punyer la excited + kekok nak bawak scooter sampai salah jalan untuk ke Patong Beach. Our first destination is to Patong Beach. Aku teramek jalan ke Karon Beach. N yang notice aku salah jalan. Ai, macam dah hafal jalan je N nie. Boleh lah duduk Patong terus. Haha =) Bila aku dah salah jalan, tukar rider dengan N so N is the rider for the day. N bawak lancar je even macam terlompat-lompat sikit scooter tue dikerjakannya. Rupenya dah lama tak ride motor so, tue kira macam lepas gian la nak bawak motor. Ok N, aku bismillah banyak-banyak atas scooter. Sabar jelah. Dalam 10 minit sampai lah kami ke Patong Beach. Nak tengok sunset la. Semalam tak dapat nak tengok kat Prompthep Cape so nk try nasib kat Patong Beach pulak. Masa kami sampai tue pukul 6.15 pm. Matahari dh nak terbenam. Sempat la snap the sunset moment. Sambil-sambil snap gambar sunset, sempat la aku selfie and buat v-log. Ala-ala reporter la sikit. Meh, nak share hasilnya.



 
Senja di Patong Beach
Truck taking the boats
Almost sunset
Sempat snap time sunset
Sunset ends

Lepas habes sunset, kami pun jalan-jalan di Banana Walk. Sempat la merasa pancake. Fyi, pancake Phuket tak sama macam Krabi ye. Sangat difference. Pancake Krabi macam roti canai. Depa tebar dulu. Nie macam Hot & Roll je pancake Phuket. Sorry to say I love pancake at Krabi more than at Phuket. Pancake Phuket mahal lagi. Yang aku punyer tue 70 Bath. Pancake Krabi terbaek!! Sambil makan pancake, sambil tue jalan-jalan cuci mata kat Banana Walk. Jumpa lah satu stall keychain made from wood. Boleh tampal nama kat keychain tue. Nama pun dari kayu. Abjad dia la. Aku pun beli la satu dengan harga 100 Bath. Nama nak Capt. Naz. Caraaaaa lah!! N sempat la masuk kedai yang jual souvenir all of Hello Kitty. Masuk kedai tue macam rasa kat wonderland pulak. Errr...aku pun duduk je sebab rasa kanak-kanak sangat dalam tue. Dah le mahal. Den pun wat deq jelah sambil tunggu N tawaf satu kedai tue. Tade yang berkenan then kami pun naik motor and jalan area situ. N pulak nampak satu jalan shortcut ke Bangla Walking Street. Shortcut yang dier masuk pulak laluan penuh dengan pub and tembus kawasan nightclub. Guess what I saw? Street Pole Dance folks. Tutup bukak mata jela time tue. Kami park motor berdekatan dengan laluan utama ke Bangla Walking Street a.k.a sebelah Jungceylon Mall. 
 
N nak sangat selfie berlatarkan signboard Patong, Phuket, Thailand. Layankan jelah. Tapi kami selfie di pintu utama ye. Tak masuk pun area tue sebab nightclub memang hidupkan Bangla Walking Street. Tak sanggup masuk dalam tue. Ada pulak aku kene tarik dengan "chicken2" kat situ. Dah puas selfie, then N nampak kebab halalan toyyibban nearby our parking. So, stop  and buy 2 chicken kebab for our dinner. Sementara tunggu our turn untuk dapat kebab, aku sempat lagi selfie and buat v-log. Meh, nak share gambar sikit.
 
Chocolate Nutella Pancake from Phuket
Nampak banana tak?
Banana Walk
Me at Banana Walk
With the signboard
Smile
While waiting for the kebab
Kebab Stall



Dah dapat kebab then kami pun plan nak ke Hard Rock Cafe. Kembali ke tempat kami park scooter. Guess what....Scooter tade di tempat nyer!!!!! Mau aku tak histeria sekejap. Scooter hilang then, aku tak balik Malaysia la sebab passport pd uncle scooter. Oh, tidakkkk!!!! N boleh rilek je. Ok N, ko buat aku sentap sentap dan sentap. Sekali dia nampak scooter kami di tepi building. How the hell that scooter moves to the new place? Bila dah jumpe scooter tue, barulah aku boleh bertenang sikit. N rilek je dari tadi. K, fine!! Start the scooter then move to Hard Rock Cafe just 800 metres from the mall. Park in front of kedai souvenir nearby Hard Rock Cafe. Singgah jugak la kedai-kedai tue since N nk cari fish magnet. Dapat la dia fish magnet 3 100 Bath. Then, we straight go to Hard Rock Cafe. Wait, do not expect we really went to the cafe. Tengok dari seberang jalan je k. Tak berani aku nak ke sana. "Chicken" memang dah sedia ade depan pintu dia. Oh tidak. Sempat la kami selfie sampai battery tinggal 30%. Aku sempat ber v-log. N pun sama nak buat video jugak. Time aku record tue, singer dia baru nak start nyanyi lagu Sweet Child of Mine. Rockers gitoh. Gamat jugak la Hard Rock Cafe malam tue. That is the first time aku tengok rupe Hard Rock Cafe. Meh belanja gambar sikit.

What a huge guitar
Me close up with guitar
In front of Hard Rock Cafe


Dah tengok habes performance nyanyi lagu Sweet Child of Mine, tengok-tengok time pun dah pukul 10.30 pm. Time to go home, badan pun dah letih. Seharian berjalan sane sini. Sampai hotel je, kami terus baring. Letih sangat katenyer. Tapi, aku tade la tidur terus. Ade kebab, kasi santap dulu la. Not bad the taste but next time better request more mayo and chilli sauce. Habes makan, then aku kemas-kemas beg so that esok pagi tak kelam kalibut mengemas. That's my style. Kemas baju malam sebelumnya. Habes kemas layan tv dulu. Malam tue ade citer Need For Speed but but but unfortunately dalam bahasa Thai. Sebab tade citer lain, aku pun layankan jelah. Buat-buat lah faham. K, bye! #sentap #NeedForSpeeddlmbahasaThai

Ok, people. That's the end for our nightwalking activity at Patong. 1.14 am, Tuesday. Tomorrow is the second day of the week. Bedtime now. See you all at my very last entry on Phuket Final Day. Wassalam! =)

Sunday, October 19, 2014

Phuket Hari Kedua 11102014 - Bahagian 1 (Jalan-jalan Siang Hari)

My readerssss!!! It's Saturday night, 10.31 pm. Orang lain Saturday night havoc. #havocke #korase ...Me, Saturday night dekat rumah mengadap TV je. Plus update blog. Sebab dah nak seminggu pun trip aku ke Phuket berakhir tapi experience lambat naik pulak. So, tue yang malam nie update entry hari kedua di Phuket. Kalau sempat sampai hari akhir. Tengok mane yang sempat ye. Bukan apa, esok ade marathon di Kelana Jaya so kene tido awal, prepare mentally & physically untuk hari esok.

Entry kali nie nak story hari kedua kami di Phuket. Wake up at 7.00 am but golek-golek atas tilam, bukak Wifi check instagram & facebook bagai. Sempat la upload gambar kat insta. Hihi =) ...Last2 pukul 7.30 am jugak aku mandi and siap-siap untuk turun breakfast. Like yesterday, the front office assistant told us breakfast ready pukul 6.30 am. It means 7.30 am in Malaysia so normal la tue. Breakfast dia jenis buffet so even dia serve bacon but asing dengan meal yang halal. Kami turun pukul 8.30 am for our breakfast but before beta santap sarapan, sahabat beta inform front office yang kami nak ke Jungceylon Mall pada pukul 10.00 am so bersedialah kenderaan beta dan sahabat beta untuk ke sana. #feelingbahasaistanapulak ... Dah inform, ape lagi kan, it's breakfast time. Sampai-sampai je cafe hotel, staff assist kami ke egg station. Tanya kami nak makan telur ape. Ada beberapa jenis la makanan berasaskan telur like scrambled egg, half-boiled egg, fried egg and satu lagi lupe sudah. Aku main bedal la scramble egg. N pun order benda yang sama. Sekali hamek dua pinggan scramble egg. Ertinya banyak la. Sah aku tak habes makan punyer. Pembaziran terjadi. Don't try this at home k. Tue satu ye. That morning aku makan coco crunch with milk, mee hoon and roti bakar. Yang tak makan bacon je. #oopsterlebeysudah..Meh belanja gambar sikit.

Tea combine with coco crunch & milk. Breakfast of champs

Sempat selfie sebelum breakfast

In front of swimming pool

N pun makan banyak jugak pagi tue. Masing-masing lapar la agaknya. What I can say is, aku salute cara orang Thai jaga kebersihan. Korang kene tengok sendiri cara mereka clear kan meja after Guest makan. Tak sempat pulak nak snap video. Ok, sementara nak tunggu our shuttle ready, aku pun ape lagi, S.E.L.F.I.E sampai battery turun 10%. N sibuk dengan Wifi dia. Men tweet tweet katenyer. Asalkan ko happy la N oii..Meh belanja gambar sikit.

Seat swimming pool

Why so pelik one

In front of hotel lobby

With our transport today. N interframe sikit la pulak

Ok, tepat pukul 10.00 am, driver shuttle sampai. Quite good looking and sweet guy. Ada style punyer. Melting kejap la. N pun sama. N, jangan kaco, nie ako punyer. Gitoh! #perasansangat #abangthaisado...Sebelum kami naik kereta tue sempat la dia lap seat dulu. Punyer la pembersih. Aku salute habes la dgn orang Thai nie kalau bab-bab kebersihan. Actually, got one family yang ikut shuttle sekali pagi tue but mereka pergi Patong Beach. Nak tanned kata nyer. Husband orang Birmingham, England and wife dia pure Phuket, Thailand. Tapi, anak lelaki mereka memang putih la. Cute sangat. Dari hotel kami ke Jungceylon Mall tue cuma 5 minit je naik kereta. Sedar-sedar je dah sampai. Our cute shuttle driver inform pukul 1.00 pm tunggu di tempat yang sama dia drop-off kami. Noted abang Thai sado! Jungceylon Mall nie lebey kurang sama macam mall di Malaysia tapi uniknya ada floating market and kapal. Kalau malam hari, ada fountain light show kat kapal tue. Meh belanja gambar sikit.

Snap dgn ship

Relaks sudah

Peaze

Close up shot

This is the ship

Mall tue memang besar la siap bersambung dua mall lagi. Ada wayang & 4D theater ok. Agak-agak dah bosan kat mall tue, then N ajak jalan depan sikit dari mall yang ada signboard Patong Phuket Thailand besar punyer. Sebab situ banyak jual tshirt. Misi aku di Phuket nak cari tshirt Hard Rock Cafe for my family. So, misi mencari tshirt diteruskan di situ. Kedai jual sunglass, shades and cap banyak la. Jalan punyer jalan terserempak dengan kawan N. Aku memang tak kenal so krik krik la jugak bila orang tetiba snap finger depan aku. Ingat sape la rupenyer kawan N. Jalan depan sikit lagi N perasan satu signboard yang menarik perhatian dia. Rupenyer street yang kami lalu tue rupenyer Bangla Walking Street. Ok, memang banyak bangla keje kat situ. No wonder the street named after them. So, kat Malaysia berlambak jugak Bangla & Nepal. Hopefully jangan la ade Nepal Walking Street kat Malaysia. Mintak dijauhkan ok!!! Jalan-jalan kat Bangla Walking Street ada la satu money changer yang bagi harga tinggi jugak la. 100 Bath = RM 9.85 terus ako tukar RM100 so dapat 985 Bath. N tukar jugak tapi dia guna duit peso bukan Ringgit Malaysia. Rupe-rupenyer duit baki pegi Cebu last month ade 500 peso lagi. Pandai budget kawan aku sorang nie. Salute lagi la!! Jalan-jalan tak jumpe so pegi another side of the street. Keluar Bangla Walking Street. From the mall, ke kiri jumpa satu lagi lokasi jual tshirt yang boleh nego la. Macam wholesale pun ada. Sat lagi tunjuk gambar.

N memang suka tanye. Memang jenis tak segan nak tanya kawan aku nie. Shy shy cat pun bab nego or main dengan harga, she a pro! Masuk dua kedai pertama bagi harga tshirt biasa pun nak jual sampai 150 bath. Jumpa tshirt Hard Rock Cafe tapi mahal. Saiz S 150 Bath. Aku beli kat Prompthep Cape pun 120 Bath. Try nego tapi tak berjaya. N pulak nak beli tshirt untuk anak buah dia. So, kami pun meneruskan usaha tshirt hunting yang murah. Masuk kedai ke-4, N nampak satu dress yang sesuai untuk anak buah dia yang umur 1 tahun tue. N kalau nego harga mau 10 minit so aku pun nampak kerusi dalam kedai tue and duduk sambil cuci mata tshirt dalam kedai tue. Nampak la tshirt yang aku cari. N punyer perang harga tamat, dapat la beli dress anak buah dia harga 200 Bath. It's my turn now. Aku straight tanye kalau aku beli 3 helai berapa harga bangla tue boleh bagi. Dia kira total 3 helai 750 Bath. Aku macam what? what? and what? Aku pun bukak ilmu nego aku 3 helai nak 400 Bath. Uih, tak mau bagi aje. K, fine beli kat kedai lain. Masuk satu kedai lagi haaa, dapat jugak 3 helai tapi 450 Bath la. Up sikit sebab different size. Dapat harga yang within my range so aku sambar terus la 3 helai terus but tak dapat la 3 Hard Rock Cafe. Dpat 2 je, My Elder sis tak suke tshirt warna putih. Sebab tade warna hitam, aku pilih I Love Phuket. Janji ade something for her at Phuket. Bila masing-masing dapat ape yang nak di cari, so jalan balik la ke mall sebab tengok-tengok jam je pukul 12.00 pm. Shuttle car kami ambil pukul 1.00 pm. Cun-cun la time lunch so kami ke KFC dalam mall tue as our lunch. Tapi, take away je. Makan kat hotel. Malas nak rushing. KFC Thai limited la meal dia. Tak macam kat Cebu banyak choices. So, aku amek je set 2 ketul ayam. Spicy pun mcm tak spicy. Bedal jelah dengan redha. After beli KFC, terus pergi di pick-up point. Tunggu dalam 10 minit, then our shuttle driver yang cute sado tue pun sampai bawak kami straight back to the hotel. Meh belanja gambar pulak.

Bangla Walking Street
Place where we borong the tshirts

Lunch for the day

Selfie dalam kedai

Jungceylon Mall

So, sampai je hotel terus berehat & makan. Simpan tenaga untuk nightwalking malam nanti. That's the end of our journey for the daylight walking. Nightwalking entry come next after this. See you!! Wassalam.. =)

Saturday, October 18, 2014

Krabi Kate Pergi, Phuket Kate Mari - 10102014



12.48 am. Esok keje setengah hari but rasanya macam cuti je. Even dah 3 bulan keje hari Sabtu still tak dapat sesuaikan diri. Feel keje setengah hari tue tak dan. Keje keje pun blog still update k. Kali entry mengenai pengembaraan kami ke Phuket dari Krabi. Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa lebih kurang 2 jam. Since transport kami iaitu minivan so selesa la kan. Do you think so? Our first impression wahhh...Minivan ade air-cond, so selesa tahap gaban la nak ke Phuket. Tapi tue semua angan-angan jela...Nak tahu kenapa? Sila rujuk perenggan bawah:-

Minivan datang fetch kami sharp la pukul 10.30 am. Time kami kelam kalibut call Mr Rut. After kami, driver pick-up another 6 passenger from different hotel. Sebelum kami naik pun, dah ade satu family mat saleh dalam van tue. Sempat la say Hi. #shyshycat ... Guess what, 2 couple yang naik satu bas masa datang Ao Nang pun board van yang sama. Mereka pun mahu ke Patong, Phuket. Sorang awek tue duduk sebelah aku so sempat la "beramah mesra" dengan dia. Berbual tanye experience dia datang Ao Nang tue termasuklah island hopping dia. Dia kene pakej 600 bath beli straight dari hotel dia. Ok ladies, next time survey & negotiate k!! Dia pun bukak la cerita island hopping dia, aku pun bukak cerita island hopping ako. Bual punyer bual tetibe driver masuk jalan kampung. Terkujat jugak aku sebab takkan ada jalan dalam nak ke Phuket tue. Rupe-rupenyer mereka gather semua passenger yang nak ke Phuket satu tempat. Macam transit la. Dari situ kumpul sapa nak ke Phuket Airport, Patong and etc. N dah risau dah sebab kene transit macam tue sampai dia ingat kene jual. Hamboi N, jauh betul fikiran ko. Aku buat rileks je sempat selfie lagi. Meh belanja gambar sikit.

Ao Nang Goodwill --> Next hotel for me in Krabi 2.0

Ada "Nur" pulak disitu
Transit sekejap

Tunggu dalam 10 minit then, driver gather passenger untuk ke Phuket Airport. 4 orang je. Me, N and other 2 Englang husband & wife. Muka kami lega la sebab banyak la space boleh duduk. Sangkaan kami meleset lagi sebab ada satu van dah tunggu di satu jalan nak ke Phuket Airport. Ingat kosong, sekali hamek almost penuh. Ngam-ngam seat untuk kami berempat. Ok, fine! #sentap ...So, teruskanlah perjalanan dengan hati redha + panas je. Tengok-tengok the second driver stop sane-sini amek and turunkan passenger. Ade skali tue, aku kene pangku backpack sebab ada new passenger. Ya ampun Allah SWT je tahu siksa time tue. Dengan muka redha aku pun tido jela sebab letih tukar-tukar van. Sedar-sedar je dah masuk pintu gerbang Phuket and then after like 20 minit sampai lah di Phuket International Airport. Driver turunkan kami di pintu pelepasan. Memang tak dan la nak jumpa our tour guide at that time. So, both of us act smart pergi ke pintu ketibaan. Phuket Airport tue quite strict jugak la sebab nak masuk dalam airport kene scan beg bagai even nak cari orang je. Our first thought, Mr Rut (our tour guide), akan tunggu dalam airport. Bila kami ke arrival hall, Mr Rut tade. Tengok luar pintu pun tada so kami pun call Mr Rut balik. Guess what, he wait us at Phuket Bus Terminal. Nak marah pun tak boleh sebab aku lambat inform dia yang dah tukar pick-up point. So, tunggu dalam 20 minit, Mr Rut pun datang. Tue pun N yang perasan sebab dia nampak nama aku. Yeay! Finally he come. Kami berdua dah start penat and ngantuk ya ampun.

Our ride of the day is minivan. Hanya kami berdua je passenger Mr Rut untuk hari tue. Pakej kami hari pertama, tour guide akan bawa kami ke:

a) Wat Chalong (Buddha Temple)
b) Prompthep Cape
c) Shopping Fever Tour (Tshirt, cashew nuts, leather store)

Mr Rut nie punyer polite sampai belikan kami makanan & minuman sementara dalam perjalanan ke tempat yang akan kami lawati. Macam tahu-tahu je kami lapar. Beli frozen food, chicken little hot dog and orange juice. Yang halal. Mr Rut nie Muslim so dia tahu makanan halal nak beli di mana. Ok, our first place is Wat Chalong but kami minta cancel je yang nie sebab temple Buddha, we do not need it so move to shopping fever tour to Madanan, Sri Bhurapha Orchid, Big Bee & Prompthep Cape. 

First Madanan. Tempat wholesale untuk tshirt. Macam-macam tshirt ada. Siap ade kilang sendiri lagi kat belakang kedai. Kata wholesale tapi harga mak oiii. Fikir 3 kali aku dibuatnya. N beli jugak satu tshirt Hard Rock Cafe. Owner kedai cakap kat Patong lagi mahal. But, my thinking is kat Patong boleh tawar-menawar. So, aku pun cuci mata jela situ. Kat kedai tue mahal tapi kualiti bagus giler. 

Next is Sri Bhurapha Orchid where this place famous with cashew nuts. Nie pun ada kilang sendiri dekat kedai. Kat sini produk mostly comes from cashew nuts. Jeruk and assam ade jugak kat sini so aku beli la dua paket assam prune yang harga dia 75 bath satu. Belikan untuk mummy sebab mummy suka sangat assam prune. So am I k!!! Sempat jugak selfie kat sini sebelum ke destinasi seterusnya, Big Bee. Dun worry, share ceriter dulu baru gambar. 

Third place will be Big Bee. Big Bee nie tempat they extract honey and make products by honey. Siap suruh satu Muslim Thai staff yang berasal dari Pattani untuk escort and assist us. Nie aku salute. Customer service dia bagus siap ambilkan gambar kami lagi. Dapat jugak la aku merasa madu dia. Tapi, last aku beli assam je. Tempat nie terima kalau kita nak bayar guna Ringgit Malaysia tapi agak rugi sebab rate tukar dia mahal. At that time, dia kira 100 bath = RM 9.45. Mahal ko. Sebab aku nak guna duit Thai Bath, so aku bayar la guna Ringgit Malaysia. N pun ikut sama. 

Lastly, Prompthep Cape. Aku mati-mati la ingat Prompthep Cape nie macam cave. After Mr Rut explain, tempat nie untuk tengok sunset. Ok fine, mak tertipu ko. Time kami sampai nie awal. Belum nak sunset lagi. Disebabkan time factor, kami tak tunggu sunset time. Kami jalan-jalan, selfie welfie then N nak pergi kedai-kedai yang ada kat sane. Feveret dia tue. N nak cari tshirt untuk anak buah dia while me nak cari tshirt Hard Rock Cafe Phuket. Alhamdulillah, jumpa satu yang harga nya 120 bath. Nak 100 bath tak lepas so redha jelah sebab takut dapat harga mahal kalau beli di Patong. Dah dapat ape yang kami mahu so now it's time to check-in our hotel, Seeka Boutique Resort at Patong. Sebelum tue nak belanja gambar di semua tempat yang kami lawati.

Selfie di Madanan

Rupe kedai borong

The shop signboard

Cashew Nuts 

With madu lebah berusia 100++ years

Big Bee just above me!

The mascot. Quite sexy

Shops at Prompthep Cape
Baan Phuket where I bought the Hard Rock Cafe tshirt

View from puncak Prompthep Cape

Habang sangat!

They said it's princess palace

Haa...sambung journey kami. Dari Prompthep Cape ke hotel kami di Patong tue kene melalui 3 pantai yang berbeza. Malangnya aku ingat dua je nama pantai tue. Kata Beach and Karon Beach. Mr Rut nak berhenti di Kata Beach yang ada tempat nak ambil gambar yang cantik but both of us dah letih satu hari on the road je so, ignore it and go straight to the hotel. About one hour then we arrive at our place to stay at Phuket, Seeka Boutique Resort. Terkesima masa sampai hotel nie. Ingat budget walhal 4 star hotel. Siap ade swimming pool lagi. Sebelum check-in, sempat inform Mr Rut yang kami akan call hari Ahad nanti untuk inform pick-up time untuk ke airport. Masa nak check-in tue, front desk assistant dia punyer la peramah. Satu per satu information dia bagi tahu macam time breakfast, arah bilik kami and info on free mineral water everyday. Lagi satu hotel nie sediakan transport shuttle kalau Guest nak ke Jungceylon Mall or Patong Beach. Memang aku salute customer service dia. Front office pun 24 hours ada tak sama macam di Krabi. So, bilik kami no 212, tingkat 2. So, masuk je bilik lagi la terkesima dengan interior design hotel tue. Antik kaw perabut dalam tue. Tuala kami pulak dia hias macam dua swan sedang kissing. Honeymoon suite la pulak. Penat je masa beli kat MATTA Fair tue aku request two (2) single bed. Last2 dapat one queen bed jugak. Sayang sangat swan tue sampai masing-masing tak nak guna. Gitooohh!! Last2 aku pakai la jugak. 

Berehat dalam 2 jam then kami keluar nightwalking. Area hotel kami tue hidup tapi nampaknya orang Phuket tido awal. Sunyi je kawasan kami tue plus anjing. N dah takut semacam. Hajat di hati nak cari kedai makan and pergi Jungceylon Mall. Sekali 20 minit dah by foot. Nak sewa motor pulak kedai dah tutup but sempat tanye harga la, 200 bath for one day. For our dinner, N suggest kami beli je frozen food di 7-11 and makan dalam bilik. Your suggestion is accepted N! So, both of us beli la frozen food. Me, beli nasi ayam hainan and air krisantimun. N beli maggi and frozen burger. Hamboi sampai dua heavy meal ko bantai. Lapar la tue. The fact is aku pun lapar tahap max. Bear in mind, Phuket susah nak cari makanan halal k. Amat susah! So, bila masing-masing dah kenyang, time to zzzzz. Untuk jadual keesokan harinya, kami decide nak pergi mall tue by hotel shuttle. Sebelum nak end journey Phuket day one, nak belanja gambar sikit.


Swimming pool hotel

With the kind like swan
Our room

7-11 Sawadikap

Surrounding Area

My dinner of the night

That's the end my readers. See you in the next entry on our second day at Phuket. Wassalam =)