Thursday, March 17, 2016

Full Itenarary and Bajet Trip Jogjakarta (6-9 March 2016)

Assalamualaikum, as per last entry, I exposed our itenarary and budget for the 4 days & 3 nights trip to Jogjakarta, Indonesia.


* Based on currency (6/3/16) 1 Juta Rupiah = RM 318.00

1. AirAsia flight tickets (Return) = RM 145.00 each person

2. Transportation by Ganesha Jogja Tour & Travel = 7,660,000 Rupiah 
   - Each pax = 1,532,000 Rupiah 
   - Car: Avanza
   - Petrol, parking & toilet
   - Meal (2x Lunch & 3x Dinner)
   - Driver's meal
   - Entrance tickets (Taman Pelangi, Candi Borobodur, Kraton, Tamansari) 
   - Cave Tubing Goa Pindul package
   - Merapi Jeep Adventure tour

3. Hotel for 3 nights = 3,570,000 Rupiah
   - Each pax = 714,000 Rupiah 
   - Grage Ramayana Hotel
   - 1 Family 3 Room & 1 Twin Room

TOTAL COST FOR TRANSPORTATION + HOTEL + FLIGHT TIX (1 PAX)
= 2,246,000 Rupiah + RM 145.00
= RM 773.80

4. Buah salak 4 kg = 100,000 Rupiah

5. Bakpia Agi (2 coklat, 1 kacang ijo) = 100,000 Rupiah

6. Shopping = 410,000 Rupiah
   - Rumah Oblong: 100,000 Rupiah (6 helai tshirt)
   - Pasar Beringharjo: 60,000 Rupiah (40 biji keychain)
   - Candi Borobodur: 100,000 Rupiah (6 helai tshirt)
   - Jalan Malioboro: 100,000 Rupiah (4 beg I Love Jogja)
   - Airport: 50,000 Rupiah (2 fridge magnet)

7. Overload luggage: 315,000 Rupiah  

ITENARARY

Day 1: 6-March-2016

5.15 pm : Depart from KLIA2
7.30 pm : Landed at Adisutjipto International Airport (Waktu Indonesia)
8.00 pm : Dinner 
9.00 pm : Taman Pelangi
10.30 pm : Check-in Grage Ramayana Hotel

Day 2: 7-March-2016

6.30 am : Breakfast
7.30 am : Bertolak ke Goa Pindul
9.00 am : Tiba di Goa Pindul
9.15 am : Cave Tubing activity
10.30 am : Bertolak ke Air Terjun Sri Gethuk
11.00 am : Tiba di Air Terjun Sri Gethuk
12.30 pm : Keluar dari kawasan Air Terjun Sri Gethuk dan menuju ke Pentamina petrol station
1.15 pm : Tiba di petrol station dan tukar baju
2.00 pm : Bertolak ke Pantai Irdayanti
3.00 pm : Tiba di Pantai Irdayanti dan makan tengah hari
4.15 pm : Bertolak ke Pantai Timang
5.15 pm : Tiba di Pantai Timang
6.00 pm : Bertolak ke Bukit Bintang
7.00 pm : Tiba di Bukit Bintang dan menikmati jagung bakar pedas
8.00 pm : Bertolak balik ke kota Jogjakarta
9.30 pm : Tiba di hotel

Day 3: 8-March-2016

6.30 am : Breakfast
7.15 am : Bertolak ke Rumah Oblong
7.25 am : Tiba di Rumah Oblong dan start kempiskan wallet
8.00 am : Bertolak ke kedai Bakpia Agi 
8.10 am : Tiba di Bakpia Agi dan start cuba semua tester Bakpia & borong 
8.20 am : Bergerak ke Pasar Beringharjo
8.30 am : Tiba di Pasar Beringharjo & start perabih duit Rupiah
9.30 am : Habis beli-belah and bergerak ke The Sultan Palace (Kraton)
9.40 am : Tiba di The Sultan Palace dan start the tour.
10.30 am : Lawatan tamat and move to Gunung Merapi for Jeep Merapi Adventure
11.30 pm : Stop at Baleroso Restaurant and having lunch + solat
12.30 pm : Finish lunch and bergerak ke Gunung Merapi
1.00 pm : Tiba di post jeep and begin the awesome jeep tour
2.40 pm : Jeep Merapi Adventure tamat and bertolak ke Candi Borobodur
4.00 pm : Tiba di Candi Borobodur and start menghayati and throwback sejarah menengah atas
5.00 pm : Candi Borobodur close time and keluar dari kawasan candi
5.15 pm : Bergerak ke Salak Pondoh untuk borong buah salak
5.45 pm : Tiba di Salak Pondoh dan start memborong
6.15 pm : Bergerak balik ke Kota Jogjakarta
7.30 pm : Stop at kedai Bakmie and having dinner
8.30 pm : Bergerak balik ke hotel
9.00 pm : Freshin' up and jalan-jalan cuci mata habiskan duit rupiah di Jalan Malioboro
10.00 pm : Wallet dah kempis and plastik tambah 2 lagi, terus balik ke hotel.

Day 4: 9-March-2016

7.00 am : Breakfast
8.20 am : Check-out and bertolak to Taman Sari
8.30 am : Tiba di Taman Sari + duduk dalam kereta tunggu gate dibuka
9.00 am : Gate dibuka dan teruskan lawatan akhir di Jogja
10.00 am : Tour over and bergerak to airport
10.10 am : Tiba di airport and say gudbye + terima kasih pada Mas Nanang sebab layan perangai we all yang masuk air nie
10.20 am : Masuk airport and check segala bagai
10.30 am : Masuk gate 4 for International Departure 
10.40 am : Sangkut 5 mins di kaunter kastam 
10.45 am : Setel kastam sangkut kat luggage
10.50 am : Bayar luggage and board the aircraft
11.30 am : The Captain says ready for take-off and officially we are at the sky
2.45 pm : Touchdown KLIA2
4.00 pm : Naik bas ke KL Sentral
5.00 pm : Tiba di KL Sentral and naik KTM ke Padang Jawa
6.10 pm : Tiba di Padang Jawa Station and take taxi to Seksyen 7, Shah Alam
6.20 pm : Touchdown rumah

Trip di atas, Capt create sendiri sambil refer blogger lain yang dah pernah pergi. Hope this summarize bajet & itenarary boleh bagi tips untuk next traveller yang akan ke Jogja. Anyone yang mencari pak supir di Jogja, boleh Whatapps Mas Jati Wijaya, Ganesha Jogja Tour & Travel, +62 8985 101301. RECOMMENDED! 5 STAR bagi. 

All I can say, I enjoy this trip with my high school buddies! Jogja trip berbaloi-baloi!!!!


Wassalam xoxo

Last day at Jogja. Bye-bye Jogjakarta! Thank you for the holiday!

Assalamualaikum....for this entry, it will be last one for my travel moments at Jogjakarta with my high school buddies. Alang-alang hari nie pun hari Rabu which is cukup seminggu after our Jogja trip. #belumbolehmoveonlagi

Let get's started to finish the end of the moments.....

HARI KE-4 | JOGJAKARTA | 9 MARCH 2016

For the last day, we all bangun dengan rileks je sebab hari akhir nie jadual ikutkan just airport transfer je but since Mas Nanang bilang ada dua (2) jam sebelum our boarding time so sempat la pergi satu tempat lagi yang tak sempat kunjungi untuk hari ke-3, Taman Sari or Watercastle. 

We all semua bersiap-siap kemas yang last ape yang patut kan. Shida and Deena siap awal so mereka berdua pergi breakfast dulu a.k.a book meja untuk we all. Me pun bersiap secepat yang boleh and pergi breakfast. We all breakfast dulu. Tak bawak beg terus ke bawah sebab bila dah kemas segala barang and buah salak, bosar mak oiii...Especially beg Capt sebab dah masuk buah salak dalam beg, nampak beg lagi besar tuan nya sendiri. Tak cukup dengan tue ada dua beg handcarry lagi. Since last day kat hotel tue, we all bedal la breakfast besar sikit dari biasa. Nasya sampai tambah Koko crunch 5 mangkuk. Capt tengok Nasya makan sedap je so Capt pun bedal 2 mangkuk jugak. Al-maklumlah, nak tunggu lunch nanti atas flight. 

Last shot for breakfast. Nasya amik Koko crunch lagi.

After breakfast, we all pun ambil muatan masing-masing and turun ke lobby. Mas Nanang pun dah sampai kat hotel. Awal sampainya. Janji pukul 8.00 am, datang nya seperti biasa 7.30 am. Capt proceed to reception counter and check-out kan both rooms. Check-out pun senang je dengan hotel nie. Ambil kunci, call housekeeping and officially you check-out. Sangat RECOMMENDABLE ye Grage Ramayana Hotel nie. Before we all off to Taman Sari, Capt jumpa dengan Mas Jati untuk setelkan our payment. 3 hari peram duit transportation. Tepat pukul 8.15 pm, Mas Jati pun sampai. Memang tepat masanya seperti dalam Whatapps. Bagus la service supir Ganesha Jogja Travel nie. Menepati masa. So, after settle our payment and dpt Invois, we all pun berangkat ke Taman Sari. Sempat la bergambar dengan Mas Jati and Mas Nanang before bertolak tue.

Dari kiri: Mas Jati, Nasya, Mieda, Deena, Shida, Capt and Mas Nanang

After some freelance model bergerak photoshoot then, we all say gudbye to Mas Jati and off to Taman Sari! It took about 10 mins from Grage Ramayana Hotel to Taman Sari. 8.30 am we all dah sampai but the gatekeeper kata pukul 9.00 am baru bukak. That morning cuaca agak panas la sampai Mieda kipas tak berhenti. Sementara tunggu gate dibuka then we all pun ape lagi kan. Jadi model la sekejap depan pintu utama tue.

Capt in action

Muka masing-masing tahan sinaran matahari

Mieda bersedia je posing nyer

Tapi, bila cuaca panas sangat, then we all bilang dengan Mas Nanang nak duduk dalam kereta. Ade air-cond la katekan. Masuk kereta terus kaw bukak air-cond speed 3. Macam dari microwave masuk peti sejuk. Lega yang amat. Tunggu dalam 15 mins dalam peti sejuk then gate pun dibuka. Taman Sari nie bak kata Mas Nanang, tempat permandian permaisuri raja. Then, Deena come out dengan soalan kritikal. Jauh nya permaisuri mandi dari Kraton ke sini. We all ketawa besar. Mas Nanang menjawab soalan kritikal Deena, dulu sahaja. Zaman sekarang permaisuri mandi kat istana dia la. Jenuh la nak mandi kene datang situ je. Ada 2 kolam besar dalam Taman Sari tue. Huntoong permaisuri. 

Peaze you all!

Itu lah kolam nya!

Pose tahan sinaran matahari

Dah melepasi 2 kolam besar tue, we all pun duduk la di satu tempat lapang whereby ada penjual cendol and air kelapa. Memandangkan haus, Capt pun beli la cendol and air kelapa. Setiap satu 5,000 Rupiah a.k.a RM 1.00. Cendol Jogja not bad. Sama macam di Malaysia. Air kelapa + gula jawa = Malatop! Lama jugak la we all duduk kat kerusi kawasan lapang tue sebab penat rasanya. Sampai la Mas Nanang masuk and bilang it's time to go to the airport. Dah pukul 9.50 am. Our flight 11.15 am so kene la ada kat airport before 10.30 am sebab nak melalui kastam and imigresen bagai. From Taman Sari to Adisutjipto International Airport take about 10 mins. So, we all sampai airport pukul 10.10 am. After Mas Nanang drop us at Terminal B (Departure terminal), then we all pun check la ape yang patut. 

Time to go home

Nak masuk pintu depan kene tunjuk boarding pass & passport. Bila masuk, cari la kaunter AirAsia nak validate boarding pass but the CSO kate tak perlu. Boleh proceed pergi gate 4. Then, off to kastam check. Bila Mieda dah clear, dia sempat la nampak buah salak kat x-ray tue. Nasib lepas. Sebelum pergi gate 4 sempat la sambar 2 fridge magnet. My mom love to have collections of fridge magnet everytime we all travel. Kena 50,000 Rupiah. Redha jelah.

Sampai gate 4, we all stop sekejap sebab Mieda and Deena nak ke kamar kecil. After that, proceed to gate 4 to wait for our aircraft. Kena la tempuh imigresen and one more time customs check. Imigresen clear but sampai kat customs, semua beg kene tahan sebab buah salak. Katanya officer kat situ, kena ada SURAT KEBENARAN. Sebelum sampai di Jogja, Capt google ape yang patut pasal buah salak. Tade pun yang kate tak boleh bawak masuk kabin. That officer kate kalau tak de surat, tak boleh bawak balik. Then, Capt slow talk la. Last bagi jugak tapi kene "mengulur" sikit. 100,000 Rupiah terbang nak lepas semua 5 beg. Siap dia pesan, nanti di Malaysia, saya tidak tanggung kalau Capt sangkut kat Kastam Malaysia.

Lagi satu dugaan hari tue, beg Capt and Nasya terlebih had maksimum, 7 kg. Beg Capt, 10 kg and Nasya 12 kg. Nak tak nak we all kena masuk kargo. Terbang lah 315,000 Rupiah. Nasib la kawan-kawan ada duit Rupiah extra. My mistake kat sini is tak pre-book cargo. Kesilapan diri sendiri maka redha jelah. Kesilapan mengajar kita supaya lebih matang and ubah diri. #falsafahlapulak

Kali nie, flight we all datang tepat pada masanya. This time, Capt dapat duduk tepi tingkap. Yeay!!! Tengah nak jalan masuk aircraft tue sempat la snap ape yang patut.

This is the airport

Nie jela sempat shot

Bye bye Jogja!

Our captain of the day is Captain Adam Rabbani. Smooth je take off dia. Salute! Then, it's time to serve the food. Macam biasa, dapat makanan, dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim and makan. Nice time la makanan sampai. Dah makan main course then it's time for some dessert. Chocolate brownies!

Shida keletihan

Brownies yang sedap!

Dah kenyang makanya tidur la kan. Time mereka tidur, sempat Capt mengaco. Curik-curik snap je. Hihihihi....................

Nyenyak tido

Bila kat awan biru kan, nampak awan putih-putih tue, nak je pegang. Ape lagi, on the camera and snap what eva clouds that have.

Ada rupa macam orang sujud

Awan biru

Our aircraft wing

Nak pegang!

Part yang best, we all sampai awal 25 mins from schedule. Another salute to Captain Adam Rabbani. Touchdown KLIA2 on 2.50 pm. Nak keluar dari gate ke arrival hall jauh ya amat. Ape je troli yang ada, Capt sambar sebab carry muatan 10 kg kat belakang kan. Mau bengkok tulang. But we all stop by toilet sekejap since semua nak melepas hajat. Tetiba, Nasya perasan handphone dia tade. So, Capt and Nasya berlari-lari kuda untuk ke gate we all keluar tadi. Sayangnya, dah lock. So, Capt decide untuk buat report kat kaunter AirAsia. Tapi dalam hati berdebar jugak la lepas kastam manela tau obvious nampak buah salak. Tapi alhamdulillah lepas! Pak kastam indonesia je kalut semacam.

Sampai depan Arrival Hall, we all say gudbye to Shida sebab dia naik ERL back to her house whereas us yang lain naik bas-KTM-teksi to Shah Alam. After beli tiket bas, then we all to CS counter nak tanye mane kaunter AirAsia nak report barang tertinggal dalam flight. Mula-mula kate kat pintu masuk on the way to Departure Hall at level 3. Me and Deena berlari sekuat hati menggunakan tenaga yang ada. Sekali sampai sane, CS kat tue kate kaunter tue ada kat Arrival Hall after luggage way 10. Ya Rabbi, berlari lagi ke sane. Sampai sane hanya sorang je dibenarkan masuk so Deena yang pergi buat report di kaunter "Lost and Found". Tiket bas pukul 4.00 pm. Dah pukul 3.50 pm and Deena belum keluar lagi makanya Capt whatapps some1 tunggu kat bas and hold sampai we all sampai. After 5 mins then Deena keluar. Menggunakan sisa baki tenaga yang ada, berlari-lari kuda lagi kami berdua. Nasib sempat sampai sebelum bas bergerak. Dalam bas tak dapat duduk sebelah-sebelah so ape lagi, berehat secukupnya. 

Sampai KL Sentral pukul 5.00 pm and nasib baik tak terlampau ramai orang. Beli tiket KTM dari KL Sentral - Padang Jawa, RM 4.40 then after 10 mins, train sampai. Alhamdulillah! Time tue pun we all tak semua dapat duduk. Nasya and Mieda je dapat. Me and Deena berdiri. Sempat we all ber-wefie.

Snap in the komuter

Sampai Padang Jawa pukul 6.10 pm. Nasib baik taxi standby dah. RM 10.00 dari Padang Jawa to Seksyen 7. Tepat pukul 6.20 pm touchdown rumah. Berehat sebentar sambil tunggu Maghrib and before Deena, Nasya and Mieda balik ke Melaka, we all have dinner first di Seksyen 7 Komersil. Then, 9.15 pm all 3 of them drive balik Melaka. That's the end of my travelogue to Jogjakarta, 6-9 March 2016.

Hope the moments that I shared can help other traveller yang nak ke Jogja. Next entry is itenarary and budget for the whole trip....stay tuned and wassalam! xoxo

Monday, March 14, 2016

Hari Ketiga di Jogjakarta - Rumah Oblong, Bakpia Agi, Pasar Beringharjo, Kraton, Gunung Merapi, Candi Borobudur, Salak Pondoh & Jalan Malioboro

Assalamualaikum....today I will continue and finish up 3rd day of my adventure at Jogjakarta with my buddies. Here we go....

1. RUMAH OBLONG

Our journey for 3rd day starts as usual, 7.30 am. Breakfast pun dua kali tambah macam biasa. Hihi #laparsangat ...Ikutkan first destination dalam itenarary is Pasar Beringharjo tapi sebab pasar nya bukak lambat sedikit makanya Mas Nanang bilang kami ke kilang t-shirt. Di kilang t-shirt tue boleh dapat t-shirt banyak dengan harga berpatutan. Contohnya, 3 helai t-shirt = 50,000 Rupiah a.k.a RM 14.00. Kalau di Malioboro, 1 helai = 30,000 Rupiah. Makanya, mahal. Well, it's true. Kat sini jugak ada baju yang kualiti bagus tapi ikut size. Saiz S = 67,500 Rupiah. Banyak corak kerawang la. But, Capt just beli 6 helai je. Anywhere Capt pergi travel, t-shirt wajib beli untuk La Familia and two of my friends. Nasya and Deena memborong. Banyak anak-anak katenyer. Masing-masing satu beg plastik la jugak and we all sempat tukar duit dekat cashier. Bila semua dah membeli, then off to next destination, Bakpia Agi.

2. BAKPIA AGI

Bakpia Agi

Kalau pergi Jogja, tapi tak beli bakpia tak sah sebab bakpia nie salah satu signature Jogja. Dapat dekat Jogja je yang ada. Bakpia nie sejenis kuih yang ada inti didalamnya. Originally flavour Kacang Hijau. But, lama-kelamaan di variasikan kepada pelbagai perisa. Coklat, Cheese, Durian and Nenas. First time rasa, memang best. Terus beli 2 kotak Bakpia perisa coklat and 1 kotak kacang ijo. Yang lain pun membeli jugak. 

Inilah bakpia nyer

Sementara tunggu Deena bayar

Semua suka Bakpia

Dah berselfie and berwefie, we off to next destination, Pasar Beringharjo untuk menghabiskan duit rupiah.

3. PASAR BERINGHARJO

Pasar Beringharjo nie mengingatkan Capt kepada Pekan Rabu Alor Star. Satu bangunan yang banyak kedai. Kat pasar nie, kalau nak beli keychain/fridge magnet boleh beli dengan borong. Plus, boleh sekali borong ubat, telekung or kain pasang. Shida dari hari pertama cakap dengan Mas Nanang nak beli minyak Fresh Care. Mak nyer pesan. Bila dah jumpa, 2 dozen terus Shida beli. Capt and Mieda memborong keychain je. Sepaket ade 20 = 30,000 Rupiah. Deena and Nasya memborong telekung. 5 helai telekung terjual hari tue. Mula-mula harga dapat 300,000 Rupiah = RM 84.00 sepasang. Tawar-menawar dapat la kurang 270,000 Rupiah = RM 75.00. Memang itu tujuan mereka bila di Pasar Beringharjo. Next, The Sultan Palace.

Sebelum menghabiskan duit

Nasya and Deena menawar

Smile for the camera

Sementara tunggu Mieda and Nasya pergi toilet

Selfie-ing
Deena and Capt

Setelah membeli-belah

Wefie-maniac

4. THE SULTAN PALACE A.K.A KRATON

Sultan Palace nie tempat tinggal sultan Jogjakarta. Katanya Mas Nanang hanya Jogjakarta mempunyai sultan dan bertindak sebagai Gabenor Jogja. Unik from other states in Indonesia. Nak masuk dalam nie ada adab nyer. Nak ambil gambar pun 2 orang je boleh. Siap ada pass photographer lagi. Time we all melawat istana sultan nie, ada budak-budak sekolah. Ada lawatan agaknya hari tue. Bila nampak budak-budak sekolah nie, teringat Baim. Budak comel tue. Berbalik kepada adab di istana sultan nie, ada dayang-dayang dan pasukan keselamatan yang mejaga istana. Mas Nanang bilang, mereka yang bekerja di dalam istana ini free of charge. Tak de gaji kerana kepercayaan mereka, jika berbakti kepada sultan, keturunan mereka akan terjaga dan bijak pandai. 

The win part is we all tidak dibenarkan bergambar membelakangi pasukan keselamatan. They don't dress as security force but dress in traditional Javanese attire. Yang tua-tua pun ada ye. Hebat tak hebat mereka nie. Istana sultan nie luas kawasan nyer. Since we all berlawan dengan masa, makanya melawat separuh kawasan la. Masuk la jugak 2 muzium yang ada. Satu muzium boleh ambil gambar, another one prohibited habes.

Di luar pintu masuk

Prepare to masuk

Sumer ikut trademark Mieda

The badge write Djogja in Javanese

Chak!

Smile for the camera

Errrrrr....

In the museum

Dekat muzium kedua

Itulah security guard sultan




Oooh lupe nak bagitau yang for 3rd day nie, Mas Nanang bagi Capt walkie talkie for our communication. Fefeling polis gitu. About 40 mins jugak la our tour. Then, we off to the best part of the 3rd day, Merapi Jeep Adventure.

- STOP FOR LUNCH -





Before we go to Gunung Merapi, we all stop at one restaurant to have our lunch. Memang sodap ya rabbi. Memandangkan malam tadi tidak dinner then lunch for the day mewah la jawabnyer. Dapat order jus buah-buahan. Me and Mieda order jus jeruk es and the others Avocado juice. Hebat tak hebat. Tengah-tengah tunggu makanan siap, we all solat dulu since that restaurant ade musolla. Ngam we all selesai solat, makanan siap. Mulakan dengan bismillah dan makan. Berselera lauk lunch untuk hari tue. Di sebabkan lapar, tak sempat nak shoot gambar lauk. Ikan talapia dia malatop! Ok, continue story Gunung Merapi.

5. MERAPI JEEP ADVENTURE

From our restaurant to Gunung Merapi took about 1.5 hours. On the way nak masuk tue, nampak la banyak jeep keluar. Then, we all fikir, this jeep? It's going to be fun. Sampai satu pit stop then we all naik jeep. 2 jeep sebab we all 5 bersaudari kan. Sumbat semua 5 orang, mau terbalik jeep tue nanti. Ok, to be honest memang berliku dan mencabar laluan masuk ke kaki gunung tue. Our jeep driver kata boleh berdiri. We all try berdiri but almost tercampak keluar sebab laluan tak rata. But memang best naik jeep. Our jeep driver suke je ikut jalan bukit nak bagi we all menjerit-jerit kat belakang. 

5.1 Muzium Merapi

Our first checkpoint is Museum Merapi. Muzium nie adalah rumah yang terlibat ketika Gunung Merapi meletus pada 3 November 2010. Katanya Jeep driver kami tue, Gunung Merapi meletus sekita 5-6 tahun sekali. We all pun berkira, the year we visit is eruption year but the jeep driver said boleh detect tanda-tanda Gunung Merapi akan meletus so early precautions can be taken.



Tulang sapi yang terkorban dalam letusan Gunung Merapi 2010

Sapi yang terkorban

Rakyat yang cuba menyelamatkan diri

Gambar ketika Gunung Merapi meletus

Tebal asapnya

Kota Jogja bermandikan debu dan asap Gunung Merapi

Ruang makan rumah 

Jam yang menujukkan saat Gunung Merapi meletus

My wefie buddies

Kami di ruang tamu rumah

Di ruang parkir motor

In front of the scene

Memori of Gunung Merapi

Di atas jeep

Deena and Nasya


5.2 Batu Alien

2nd checkpoint is Batu Alien. Kenapa batu alien? Sebab ada satu batu besar yang bergolek-golek dari Gunung Merapi dan rupenyer seperti alien. First time dengar macam tak percaya, sekali tengok depan mata, yup. It does look like an alien.

Spot batu alien

With the alien rock behind us

Gaya wefie masing-masing

Trademark Mieda menjadi ikutan

Inilah Batu Alien nyer


Aksi tak berapa melampau

Itulah laluan lava yang mengalir dari Gunung Merapi

Bersatu teguh
We all stick together


Capt Naz is here!

Trademark Mieda yang ori!

5.3 Kawasan Laluan Lahar Gunung Merapi

Our 3rd checkpoint untuk tour Jeep Merapi is satu kawasan laluan lahar dari Gunung Merapi. Sangat besar, bayangkan lah pada hari kejadian macam mane. Lahar panas mengalir. Tidak terbayang kejadian itu. 

Capt kat jeep belakang tue

Deena nak try drive jeep tue

Shida cuba cover gayat

The Captain is on the jeep

Masih tidak berubah

Deena dan style free dia


Me behind the scene

Lima bersaudari berposing

Nasya and Deena suke duduk dalam jeep

Suke benor ye

Saje kaco Mieda

Dari depan jeep


Captain is watching the mountain

Best!

Dunia ini aku yang punya (Fefeling)

Close up Nasya

Cuba untuk sabotaj Capt

Lihatlah dunia!

Best!

5.4 Kaki Gunung Merapi

Ini last checkpoint untuk tour Jeep Merapi. A place where we can see puncak Gunung Merapi. We all nampak sekejap je puncak tue. Memang tinggi ya ampun! Tak terbayang tinggi tue puncaknya. Kat kaki gunung nie cantik bangat view nya makanya kami berwefie habis-habisan.

Mieda dan trademark nya

Bunker (Tempat perlindungan)

Power Rangers

Posing psycho je

Lima bersaudari dan aksi-aksi kami

Lihatlah dunia

Paling W.I.N gambar nie

Posing lagi

Power Rangers!

We all happy la!

Time nak berposing lagi tue hujan pulak turun. So, berlari-lari kuda la we all ke jeep. Jeep driver dh siap-siap pasang kain hujan kat jeep. Tapi, hujan just turun 5 mins je then stop. Sabor jelah. Sampai-sampai tempat parkir mobil, terus cakap "Terima Kasih Mas" then off to next destination, Candi Borobudur.

6. CANDI BOROBODUR

Dari Mount Merapi to Candi Borobodur is 1 hour tops. We all sempat jugak la take a nap. Letih agaknya. Bangun-bangun je, hujan lebat. O.M.G! Berjalan di Candi Borobodur dalam hujan. Mas Nanang bilang, we all kena ada payung. To be exact, charge payung 10,000 Rupiah. Tapi, Mas Nanang dapat nego jadi 5,000 Rupiah. FYI, time we all tiba di parkir mobil, berpusu-pusu ejen payung nak supply payung kat kiterorang. Mula-mula we all tak nak sebab mahal, then bila Mas Nanang nego 1/2 harga, dapat la we all payung sorang satu. Hujan memang lebat waktu itu + petir lagi. Harga tiket 260,000 Rupiah untuk foreigner.

Ikutkan nak naik train tapi charge nyer 7,500 Rupiah. So, we all agreed to jalan kaki. Bila pergi Candi Borobodur nie, teringat sejarah Form 4. Selama nie tengok dalam buku je, sekali dah depan mata. Besar candi tue! Stupa sumer besar-besar. We all pun ber-wefie sampai kene letak payung bila nak shoot. Handphone je yang berpayung. We all naik sampai tingkat atas sekali.





Rege tiket pada tahun 2016

With Candi Borobodur behind us

Close up shot


Shida

Deena

Nasya

Trademark Mieda sentiasa W.I.N

The Captain

Di kelilingi stupa

Peaze!

Muka mandi hujan

Another angle

Nasya cuba untuk bercakap

The Captain says mission accomplished!

Bahagian belakang candi

Di depan padang

Freestyle pose

Jalan keluar dari candi nie jauh. 2km. Sepanjang jalan keluar, ada pedagang-pedagang yang akan cuba untuk close sales saat akhir. Balik modal, bak kate Mas Nanang. Capt memang plan nak beli tshirt kat Candi Borobodur sebab kat Rumah Oblong tade design nie. Lagi WIN 7 helai = 100,000 Rupiah. Don't get it wrong. Kalau di saat akhir, nak tutup kedai, apa je sales or barang boleh jual, terus dijualnyer. Sampaikan kuih bakpia pun ada sekali kat candi nie. Nampak la kegigihan orang Jogja menjual. Sedih pun ada jugak sebab orang tua pun sama berdagang. Lagi dasyat, mereka akan ikut u'olls sampai pintu keluar. Sambil escort sambil berdagang. So, don't get annoying la sebab mereka memang begitu. Just say TAK NAK je. We all keluar dari kawasan ni ngam-ngam waktu tutup candi. Even sekejap je dapat melawat candi, but I'm glad I have set my foot at this historical place by UNESCO. Next, buah salak haunting!

7. SALAK PONDOH

Buah salak memang famous di Jogja. Especially buah salak madu. Actually, to be honest Capt tak pernah makan buah salak sebab tengok kulit dia macam kulit tenggiling. But, sebab nak belikan for my luvly mummy, Capt gagahkan diri merasa buah salak. OMG, why I tak makan this buah? Sedap! Since masing-masing pun ada orang kirim, makanya memborong. 1 kg = 25,000 Rupiah = RM 7.00. Murah kan! Deena, Nasya and Mieda beli 1 kg, Shida 2 kg and unexpected Capt beli 4 kg. Pastu dok pikir, macam mane nak bawak balik since tak beli luggage. Bak kata Mieda, beli dulu lepas tue baru fikir kan nak muatkan dalam beg. Sonang je cara Mieda tue. Then, to the last destination of the day, Jalan Malioboro,


Muka happy dapat buah salak

- STOP FOR DINNER -

Before we all pergi Jalan Malioboro, our dinner for the night is Bakmi Jogja. Mas Nanang bilang, malam-malam orang Jogja tak makan nasi. Makan bakmi je. Since we all pun malam akhir di Jogja, nak la merasa bakmi tue. Ada bakmi rebus, bakmi goreng and bakmi jawa. To be honest, bakmi rebus = mee rebus, bakmi goreng = mee goreng mamak, bakmi jawa = mee rebus jawa. Not bad la our dinner that night. 
Bakmi goreng

Bakmi rebus

Menyelerakan ye Deena?


8. JALAN MALIOBORO

After dinner and kenyang makan bakmi, we all off to last destination of the day. But, before that, we all masuk bilik dulu to drop off our hasil tangkapan. Sebab, we all jalan kaki je pergi Jalan Malioboro. Mas Nanang perkhidmatan nya sampai situ sahaja untuk hari ke-3. Lucky the hotel is 5 mins walking distance to Jalan Malioboro.

I'm here!

Jalan Malioboro nie macam uptown la. Kedai-kedai kecik depan kedai. Masa dagangan di Jalan Malioboro nie tutup pukul 10.00 pm (waktu indonesia). Kat sini banyak t-shirt, keychain, beg, selipar, kasut & aksesori. Fridge magnet je yang belum dapat beli lagi. Susah betul cari fridge magnet di Jogja. Kat situ jugak ada Malioboro Mall but we all tak masuk sebab dah nak tutup so jalan jela cuci mata. Kat situ jugak ada beca. Beca berkuda pun ada. Jalan punya jalan then we all jumpa beg menarik and cantik untuk dibeli. Mieda paling awal beli, 30,000 Rupiah. Then, we move to next kedai dapat 25,000 Rupiah. Ape lagi, Capt beli 4 beg. Nasya beli 1. Shida pulak beli jubah. Jalan-jalan lagi jumpa aksesori wanita. Mieda belek-belek then sambar 2 gelang. Memandangkan we all siang-siang dah shopping makanya tak berapa banyak benda nak beli di Jalan Malioboro. To other backpackers or traveller, remember to tawar-menawar harga. Boleh tawar tapi jangan over la sebab mereka pun mencari rezeki.








We are at Malioboro Street

Malioboro Mall

Ada Mekdi kaw!

Smile with the horse

The Street

In front of the mall

With the real horse

With the white horse

At the street

With my wefie buddies

Shida tengah berdagang

Smile!

Bersungguh shot gambar

Bila dah puas tengok-tengok Jalan Malioboro then we all pun balik ke hotel. Lagipun dah pukul 10.00 pm. Satu hari penat berjalan tapi puas and gembira. Ingat nak try street food tapi risau pulak tahap kebersihan nya since I have bad experience at Medan. So, sampai bilik masing-masing buzy kemas beg. Manfaatkan space dalam beg bak kata Nasya. To be honest beg Capt nampak lagi besar dari tuannya. Nak tahu besar mane, tunggu entry untuk hari akhir di Jogja. 

Done for 3rd day at Jogja! Happy reading u'olls...Kalau nak komen-komen, sila la ye. Takyah nak malu-malu. Wassalam.... xoxo